Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempe Goreng Kicap

Dah lama tak buat ni..Lauk kegemaran adik kita..dulu time kita kecik2..my mum selalu buat ni for him..maklum ler..my brother ni suka kicap..makan nasi kicap mesti ada..tak kira lauk apa, mesti dicurahnya kicap..hahaha...kita pulak tak berapa sangat..only time tak ada lauk curah kicap atas nasi, goreng telur mata lembu, dah boleh jalan...kalau masak ni teringatkan dia..
ah sekarang dah berkeluarga..pandai2lah isterinya buatkan pulak ya tak..heheh..lagilah isteri orang jawa..hehehe...kalau ada terbaca ni..jangan marah ah..hehe
Recipe ni mak kita yang ajar..adjustlah ikut selera masing2 ya..Lauk ni seharusnya tempe & ikan bilis tu mesti kekal garing..:)

Tempe Goreng Kicap
Tried & Tested:-Ayu@curlybabesatisfaction

Bahan:-
6 keping tempe dihiris nipis, goreng garing ketepikan
segenggam ikan bilis yang sudah dibuang isi perutnya digoreng garing ketepikan.
7-10 batang cili kering digunting serong
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil cuka
1sudu besar gula
minyak untuk menggoreng

Cara:-
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kering yang sudah digunting serong, kicap masin & manis, cuka serta gula.Matikan api.Biarkan sebentar. Masukkan tempe yang sudah digoreng garing. Kacau rata. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis dan kacau rata. Siap untuk dihidang.
(*note - reason tempe & ikan bilis dimasukkan selepas matikan api supaya benda2 ni kekal rangup)

Yorum Gönder

0 Yorumlar